https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1__1727750090.png

PENDAFTARAN PELAJAR BARU TAHUN 2025

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

 

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2025 TELAH DIBUKA.

SEKIRANYA ANDA BERMINAT, SILA ISI MAKLUMAT PELAJAR DI PAUTAN YANG DISEDIAKAN.

SILA MAKLUMKAN KEPADA PEJABAT SEKOLAH SEKIRANYA BORANG TELAH DIHANTAR UNTUK PROSES SETERUSNYA.

(SILA PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT YANG DIMINTA DIISI DENGAN LENGKAP BAGI MEMASTIKAN KELANCARAN PROSES PENDAFTARAN)

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

 

SEKIRANYA MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH, SILA HUBUNGI PIHAK SEKOLAH DI TALIAN 05-6467369 / 016-9212032 (WHATSAPP)

 

TERIMA KASIH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1_SMAI027_1624950794jpeg

KEJAYAAN PELAJAR SPM 2020

10 JUN 2021 TARIKH KEPUTUSAN SPM DIKELUARKAN SERTA MENJADI TARIKH YANG CUKUP BERMAKNA BAGI SEKOLAH MENENGAH AGAMA IRSHADIAH DAN KEPADA SEORANG PELAJAR BERNAM NUR JANNATUL 'AJILA BINTI AHMAD SHAHRIL DIATAS KEJAYAAN BELIAU MENDAPATKAN KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM SPM 2020 IAITU DENGAN MEMPEROLEHI KEPUTUSAN 9A 1B+. BELIAU JUGA TURUT BERKONGSI SEDIKIT AMALAN DAN CARA BELAJAR YANG DIAPLIKASIKAN OLEH BELIAU. ANTARA, AMALAN YANG DIAMALKAN SEPERTI MEMBACA ZIKIR YA QAWIY SEBANYAK 11X DAN MENYAPU TANGAN KANAN KEATAS KEPALA SETIAP KALI SEUSAI SOLAT FARDHU. ADAPUN CARA BELAJAR YANG DITERAPKAN OLEH BELIAU SEPERTI SENTIASA MEMBERIKAN TUMPUAN YANG PENUH KETIKA SESI PEMBELAJARAN DAN MENGULANGKAJI SEUSAI SESI PEMBELAJARAN. AKHIR SEKALI, BELIAU MENJADIKAN IBU BAPA BELIAU SEBAGAI IDOLA DENGAN MENERAPKAN APA YANG DIPELAJARI OLEH BELIAU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN BELIAU.

LAGI
https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1_SMAI027_1615259745.gif

LOKASI

KAMI DISINI

LAGI
https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1_SMAI027_1615251614.jpg

PROGRAM PELAJAR

LAGI
https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1_SMAI027_1615178056.jpg

KOPI BARLI SEMAI

LAGI
https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1_SMAI027_1615168013.jpg

SEKAPUR SIRIH PENGETUA

PROFESIONAL GURU ADALAH SATU PROFESION YANG MULIA. NAMUN BEGITU IANYA AMAT MENCABAR. DARI ITU, DALAM MENGHADAPI TUGAS YANG MENCABAR DAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB YANG BERAT INI, SETIAP GURU MESTILAH LEBIH PEKA DISAMPING MENJALANKAN KEWAJIPAN SEBAGAI PENDIDIK ANAK BANGSA SELAGI IA TIDAK MELANGGAR ATAU BERCANGGAH DENGAN HUKUM AGAMA DAN TATASUSILA KITA. ADALAH DIHARAPKAN KEPADA GURU-GURU YANG DIANGGAP SEBAGAI SEBUAH KELUARGA DI SEKOLAH INI AGAR DAPAT BEKERJASAMA DALAM MENJAYAKAN HARAPAN DAN MEMAJUKAN SEKOLAH INI SETIAP MASA.
DALAM PADA ITU GURU MESTILAH:

  • MENJADI PENCINTA ILMU DAN SENTIASA HAUSKAN PENGETAHUAN SERTA MEMBER TUNJUK AJAR DENGAN IKHLAS SERTA MEMUPUK SEMANGAT BELAJAR.
  • MENJADI CONTOH DAN IKUTAN KEPADA MURID SAMAADA DIDALAM ATAU DILUAR SEKOLAH DARI SEGI PERTUTURAN, PAKAIAN, AMANAH, RAJIN, CEKAP DAN KESEMPURNAAN KERJA.
  • MEMPUNYAI SIFAT YANG POSITIF TERHADAP KERJA YANG DILAKUKAN KREATIF DAN PEKA TERHADAP PERKEMBANGAN SEKELILING.
  • MEMAHAMI DAN MENGHAYATI KONSEP BERSEPADU ILMU DAN AMAL MENJALIN IMBANG ROHANI DAN JASMANI.
  • MEMAHAMI TENTANG FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA IAITU HASRAT DAN MATLAMAT, AMALAM, PENGHAYATAN, KESEDARAN DAN KEINSAFAN SERTA PATUH DAN PERCAYA KEPADA TUHAN.

HARAPAN SAYA AGAR PARA GURU AKAN MENERAPKAN KE DALAM JIWA MASING-MASING TENTANG CIRRI-CIRI KEGURUAN TUGAS DAN PERANAN DEMI KEPENTINGAN ANAK BANGSA YANG BAKAL MEWARISI TUGAS-TUGAS NEGARA KELAK.

SEMOGA SEGALA USAHA YANG KITA JALANKAN SENTIASA DIBERKATI ALLAH SWT SEPANJANG MASA.

 

 

“BERAMAL DENGAN IKHLAS”

DATIN HJH. KHAMUDAH BT DATO' HJ. GHAZALI

LAGI
https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1_SMAI027_1615168415.jpg

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA IRSHADIAH

SEKOLAH MENENGAH AGAMA IRSHADIAH IALAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT YANG JULUNG-JULUNG KALI TERDAPAT DI KAWASAN BAGAN DATOH. IA TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 1932 OLEH TUAN GURU DATO HAJI GHAZALI BIN ARSHAD. SEKOLAH INI SENTIASA BERKEMBANG DARI MASA KE SEMASA SEHINGGALAH SEKARANG. PADA MULANYA, SYSTEM PELAJARAN YANG DIGUNAPAKAI ADALAH BERASASKAN SYSTEM PONDOK. WALAUBAGAIMANAPUN, OLEH SEBAB KEPERLUAN SEMASA, MAKA SEKOLAH INI TELAH DIUBAHSUAI SISTEMNYA KEPADA SYSTEM PELAJARAN MODEN DAN MASIH MENGEKALKAN PELAJARAN AGAMA SEBAGAI TERAS.

SEJAK DITUBUHKAN, SEKOLAH INI BUKAN SAHAJA MENAMPUNG PELAJAR DARI KAWASAN SEKITARNYA, MALAH MELIPUTI PELAJAR DARI SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK. WALAUPUN PERMOHONAN UNTUK MEMASUKI SEKOLAH INI MENINGKAT SETIAP TAHUN, TETAPI PERMOHONAN TERPAKSA DITOLAK KERANA KEKURANGAN TEMPAT DI ASRAMA YANG DISEDIAKAN.

KEJAYAAN SEKOLAH INI DIDALAM PELAJARAN AGAMA DAN AKADEMIK TIDAK DAPAT DIRAGUI LAGI. DALAM BIDANG AGAMA DAN BAHASA ARAB, KELUARAN PELAJAR DARI SEKOLAH INI TELAH DAPAT MEYAKINKAN MASYARAKAT, BUKAN SAHAJA DINEGERI PERAK BAHKAN DI NEGERI-NEGERI YANG LAIN JUGA. OLEH ITU SEKOLAH INI MEMPUNYAI POTENSI YANG TINGGI DIKALANGAN MASYARAKAT DARIPADA KEJAYAAN DALAM MENGELUARKAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERKUALITI.

DALAM BIDANG AKADEMIK JUGA, SEKOLAH INI TELAH MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG YANG MANA SETANDING DENGAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PENUH BANTUAN KERAJAAN DENGAN KEPUTUSAN AKADEMIK YANG BAIK DAN RAMAI PELAJAR SEKOLAH INI MELANJUTKAN PELAJARAN KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI DALAM DAN LUAR NEGERI.

 SEHINGGA KINI, SEKOLAH INI TELAH MELAHIRKAN BANYAK PENSYARAH DI PUSAT PENGAJIAN TINGI, PEGAWAI-PEGAWAI TADBIR KERAJAAN DAN SWASTA,GURU-GURU AGAMA DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH SETA BERBAGAI JURUSAN DALAM MASYARAKAT.

LAGI
https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1_Root_1555577728.jpg

SUKAN SEKOLAH AGAMA PERINGKAT NEGERI

TAHNIAH DI UNCAPKAN KEPADA PASUKAN MEMANAH SEKOLAH "ARCHERY TEAM" DI ATAS KEJAYAAN UNTUK SUKAN SEKOLAH AGAMA PERINGKAT NEGERI YANG DI PEROLEHI 😁
MOGA TERUS SUKSES PADA MASA AKAN DATANG 👍
TAHNIAH JUGA DI UNCAPKAN KEPADA PASUKAN SEPAK TAKRAW, BOLA JARING DAN BOLA SEPAK KERANA BERJAYA MENYERTAI UNTUK WAKIL SEKOLAH INSYAALLAH KITA CUBA LAGI PADA TAHUN HADAPAN
#2K19
#ALLHAMDULLIAH

LAGI
https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1_Root_1555577658.jpg

MAJLIS PERASMIAN ARENA FUTSAL

MAJLIS PERASMIAN ARENA FUTSAL YANG DI RASMIKAN OLEH EN MOHAMAD AFANDI BIN MOHAMAD BAKRI SELAKU PENOLONG PEGAWAI PEJABAT DAERAH DAN TANAH BAGAN DATUK . DENGAN ADANYA ARENA FUTSAL DAPAT MEMAJUKAN SUKAN PELAJAR IRSHADIAH INSYAALLAH😁
#IRSHADIAHADDINIAH
#2K19
#ALLHAMDULLIAH

LAGI
https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1_Root_1555577530.jpg

MENTOR MENTI

DEWAN TERBUKA AL-GHAZALI, SMARISH. 22HB FEBRUARI 2017, SATU PROGRAM IAITU PROGRAM MENTOR MENTI UNTUK PELAJAR PELAJAR TINGKATAN 2 HINGGA TINGKATAN 6. PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERI GARIS PANDUAN ATAU BIMBINGAN KEPADA PELAJAR MELALUI GURU-GURU.

PROGRAM INI JUGA DAPAT MENDIDIK DAN MEMBIMBING PELAJAR SUPAYA TAAT DENGAN ARAHAN YANG DIBERI, KEMESRAAN ANTARA SATU SAMA LAIN DAN MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM DIANTARA ADIK-BERADIK ANGKAT DI DALAM PROGRAM ITU. VISI UTAMA PROGRAM ADALAH DAPAT MENGENALI LATAR BELAKANG SESEORANG ITU DENGAN LEBIH TERPERINCI .HASRAT TENAGA PENGAJAR DI SINI AGAR SEMUA PELAJAR BERJAYA DAN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK, KATA TN HJ ABDUL HALIM BIN MAT HASHIM.

PELAJAR YANG TERLIBAT ADALAH TINGKATAN-TINGKATAN YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN BESAR KECUALI TINGKATAN SATU MANAKALA GURU-GURU YANG TERLIBAT IALAH GURU-GURU YANG MENGAJAR DI TINGKATAN TERSEBUT. GURU-GURU JUGA HENDAKLAH MEMAHAMI ANAK ANGKAT (MENTI) DI BAWAH JAGAANNYA SEPERTI MEMBUAT PENILAIAN SECARA BERKALA DAN SETIAP KALI PEPERIKSAAN.GURU HENDAKLAH MEMANTAU PERATUSAN MENTINYA DALAM PELAJARAN SAMA ADA MENURUN ATAU MENINGKAT. DALAM ERTI KATA LAIN GURU-GURU PERLU MEMBIMBING PELAJAR YANG DIAMANAHKAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK.

AKHIR SEKALI, HARAPAN GURU-GURU UNTUK PROGRAM MENTOR-MENTI ADALAH PELAJAR-PELAJAR DAPAT MENGENAL ERTI TANGGUNGJAWAB YANG DIBERI DAN DIAMANAHKAN

SUPAYA MENDAPAT MEMBERI KESAN KE ARAH LEBIH BAIK. INI KERANA, PERHATIAN YANG LEBIH DAPAT MENJADIKAN SESEORANG ITU LEBIH BERJAYA DAN LEBIH BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR. INI JUGA BERMAKNA,GURU-GURU JUGA PERLU MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM PELAKSANAAN PROGRAM TERSEBUT.

DI SEDIAKAN OLEH:PUTERI

 

LAGI
https://my02.awfatech.com/smarish/content/news/newsf1_SMAI027_1615168130.jpg

MESYUARAT AGONG PERSATUAN DAN KELAB

DEWAN AL-GHAZALI, 22HB FEBRUARI 2017, MESYUARAT AGONG KELAB KALI PERTAMA BAGI TAHUN INI MELIBATKAN KELAB DAN PERSATUAN TELAH DIADAKAN. ANTARA AGENDA UTAMANYA ADALAH MELANTIK ORGANISASI BARU BAGI TAHUN 2017. BERIKUT ADALAH SENARAI KELAB, NAMA GURU PENASIHAT DAN NAMA PENGERUSI KELAB YANG BARU. KELAB SPBT, GURU PENASIHAT NYA ADALAH PUAN MARIATUL KEBTIAH BINTI OTHMAN DAN PENGERUSINYA ADALAH MUHAMMAD NUR DANAIL BIN ISMAIL . KELAB NASYID PULA, PUAN NORIZAH BINTI HAJI HASYIM DAN AHMAD NAZRUL NAIM BIN MOHD ASRI SEBAGAI PENGERUSI.

GURU KELAB BAHASA MELAYU PULA ADALAH CIK LATIFAH BINTI SARWANI DAN PENGERUSINYA, NABIL SYAHMI. MANAKALA KELAB SEJARAH DAN GEOGRAFI, GURU PENASIHATNYA ADALAH PUAN

JURAIZAH BINTI MOHAMAD DAN PENGERUSINYA MUHD FAKRI .

SELAIN ITU, KELAB BAHASA ARAB, JAWATAN PENGERUSINYA DISANDANG OLEH MOHD ARSHAD. MANAKALA GURU PENASIHATNYA ADALAH PUAN NOOR SURYANI BINTI ABDUL RAHMAN.

PUAN SITI HAJAR BINTI AHMAD BAJURI SELAKU GURU KELABBAHASA INGGERIS
DAN AHMAD IFFAT BIN ABDUL RAHMAN PULA PENGERUSI KELAB TERSEBUT.

PUSAT SUMBER SEKOLAH, PENGERUSINYA IRFAN HAMZAH DAN PUAN SUHAINI BINTI ABDULLAH GURU PENASIHAT.

AKHIR SEKALI KELAB SAINS DAN MATEMATIK, PENGERUSINYA AZRUL AMRI BIN BORHAN DAN GURU PESIHATNYA CIK NORAZILA BINTI HASAN. —ERY

LAGI

Page 1 of 1