PIAGAM SMARISH
1) Memberi asuhan dan didikan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah secukupnya kepada pelajar berasaskan Kurikulum Pendidikan Negara.
2) Mengembangkan potensi pelajar mengikut minat, kreativiti, bakat sahsiah dan kepimpinan berasaskan Pendidikan Islam.
3) Memberikan didikan akhlak terhadap pelajar dan mendorong mereka mengamalkan hidup secara Islam.
4) Memberikan peluang kepada pelajar berusaha dan mengembangkan potensinya untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam kerjaya mereka dan sedia berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
OBJEKTIF
- Semua pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan umum (SRA, SMA, SPM dan STAM)
- Semua pelajar dapat menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan baik dan fasih.
- Semua pelajar dapat menguasai dan mengamalkan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
- Menjadikan pelajar berakhlak, bersyukur, berterima kasih, mengenang budi dan jasa, penyayang dan saling hormat menghormati.
- Bergiat secara aktif dalam kegiatan riadah (sukan), pasukan unit beruniform dan persatuan.
- Pelajar dapat melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) di dalam dan luar negeri.
- Mempunyai daya juang dan ketahanan diri dalam menempuh cabaran hidup dan budaya kuning yang bercanggah dengan nilai Islam.
- Peka dan sensitif dengan keadaan yang berlaku dalam masyarakat sekeliling serta dapat memberikan sumbangan yang aktif dan berkesan.
- Berfikiran terbuka dan bersikap positif serta mampu menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk.
- Dapat melahirkan pemimpin atau ketua yang ditauladani dan berwibawa.
- Dapat memenuhi keperluan dan pekerjaan dalam pasaran pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.
- Dapat menyumbangkan tenaga, buah fikiran dan harta untuk pembangunan dan kemajuan sekolah.
- Selalu tersenyum menandakan kemesraan dan mengucapkan salam tanda persahabatan.