MARI PELAJAR BERSATU HATI
TANAMKAN SEMANGAT BERHEMAH TINGGI
TEGAKKAN SYIAR AGAMA YANG SUCI
AGAR HIDUP PENUH BERBAKTI
PELAJAR IRSHADIAH BEKERJASAMA
MENIMBA ILMU AGAMA MULIA
KENAL DUNIA TUJUAN KEDUA
MENUJU AKHIRAT SETIAP MASA
BANGUNLAH WAHAI PEJUANG ISLAM
DENGAN SEMANGAT KEISLAMAN
BERBAKTI DENGAN PENUH KEIMANAN
TANPA GENTAR SETIAP DUGAAN
MARI SEMUA BERSATU HATI
MULAKAN LANGKAH DUGAAN DITITI
BELAJAR DENGAN TEKUN DAN TELITI
AGAR DAPAT HIDAYAH ILAHI
YA ALLAH BERIKAN TAUFIQMU
LIMPAH KURNIA SUCI DARIMU
KAMI POHONKAN DOA DAN RESTUMU
SEMOGA BERJAYA SETIAP WAKTU